Ahad, 26 Disember 2010

Ahad di Simpang Renggam

Aku suka hari Ahad. Sebab hari ni ada Pasar Tani. Masa kecil2 dulu,kalau pergi pasar ni,mesti cari makanan seperti nugget,kentang goreng,bebola sotong dan lain-lain lagi. Dewasa ni,aku lebih suka cari makanan macam Nasi Kerabu,Murtabak. Ye la,dah besar kan? Kalau nak makan makanan macam nugget tu,sekarang beli je kat pasar raya yang sejuk beku punya. Goreng sendiri. Lagi Puas hati.

Kat Pasar tu,ada satu gerai dari aku kecil sampai besar,ada satu kedai yang masih teguh berdiri. Kedai yang jual ayam selangka,pedal goreng,and Hati ayam goreng. Apa rahsia diorang ek? Mungkin ke tembolok orang Malaysia dari dulu sampai sekarang masih menerima makanan camtu? Aduh,tetiba lak rasa lapar.
Bye!!!

Isnin, 20 Disember 2010

Baru Tersedar...

Hari ni 20 haribulan 12  tahun 2010. Kerja masa cuti satu pun aku belum sentuh lagi. Macam mana ni? Aduh....