Sabtu, 10 Disember 2011

10 Disember 2011; Nizam & Nurul. Anas dan pasangannya.

PASANGAN: Anas & pasangannya.
LOKASI: Sekolah Ghufran
TARIKH: 10 Disember 2011, 1.30 petang.

PASANGAN: Nizam & Nurul.
LOKASI: Kampung Batu 7 Blok 3
TARIKH: 10 Disember 2011, 2.30 petang.





 Anas dan pasangannya.

 Amik makanan jangan berebut!
 Nizam dan Nurul


 

Isnin, 5 Disember 2011

3 Disember 2012;Kampung Shaari

LOKASI: Kampung Shaari,Simpang Renggam.

 "Boy" Shahrizan Rahman

 Mizan dan Reza
 "J.H." Khalid Ali
 Makan damai.
 Macam pernah nampak, tapi di mana ya??? haha


 Tinggi kek.
 

Isnin, 28 November 2011

26 November 2011;PSR-KKRMK ke Melaka.

LOKASI: Taman Panglima Pak,Serkam, Merlimau, Melaka.
CATATAN PERISTIWA: Kumpulan Kompang Remaja Melayu Kreatif(KKRMK) dijemput Pusaka Seni Rakyat(PSR) untuk bermain bersama di Melaka. 

 Cantik kereta oren tu.
 Wajah yang berseri nak ke Melaka. Yang x pernah datang latihan pun ada. hahah
 Ciwek, Azam, Nizam n Mizan.
 Bertaruh nyawa nak amuk gambar ni. Kena pergi ke tengah jalan beb!
 Kenapa aku berbaju biru???
 First time masuk bas Penjara.
 Emal.
 Sin Chan.
 Tunggu pengantin.
 Atan bertemu Sifu beliau, Cik Rambo.


 Alif ditemu ramah otai2 PSR. Nampak dia gagal menjawab pertanyaan, sampai menutup mulut. kehkehkeh


Selasa, 22 November 2011

20 November 2011; Raimy Shahirah & Ahmad Budiman

PASANGAN: Raimy Shahirah & Ahmad Budiman
LOKASI: Taman Purnama Simpang Renggam
TARIKH: 20 November 2011, 2:30 Petang
 SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. Amin...










Ahad, 6 November 2011

20 November 2011, 230 petang.
Majlis Persandingan di Taman Purnama, Simpang Renggam.

Ahad, 30 Oktober 2011

23 Oktober 2011; Mohd Taupik & Maisara

PASANGAN: Mohd Taupik & Maisara
LOKASI: Kampung Isnin Ma'arof
TARIKH: 23 Oktober 2011, 2.00 petang

SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. Amin....

 Makan damai
 Lanang: Agak2 kompang ni boleh dikepingkan macam getah keping tu x?
 Artifak lama: Mesin keping getah. hahaha....
 Peace!!!
 Beratur untuk mencuba mesin keping getah. Sekarang giliran Azheem. hahaha
Dah2! Sedia cepat! Pengantin dah keluar dah tu. haish... Main mesin tu plak diorang nih!

Jumaat, 7 Oktober 2011

PERKHIDMATAN KOMPANG

Kumpulan Kompang REMAJA Melayu Kreatif
menyediakan perkhidmatan kompang 
untuk majlis-majlis seperti:-

MAJLIS KAHWIN

MAJLIS RASMI
MAJLIS MALAM PERNIKAHAN

MAJLIS KHATAN
dan majlis-majlis lain sewaktu dengannya.

Untuk Tempahan Hubungi:-
0178246058


*Perkhidmatan ini khusus di kawasan Simpang Renggam, Pontian, Macap.





Khamis, 29 September 2011

KKRMK ke arah menjadi Persatuan

Di sini, untuk perhatian ahli KKRMK, saya, selaku ketua, ingin memperjelaskan beberapa perkara dalam membawa KKRMK menjadi sebuah Persatuan berdaftar.

1.Organisasi.

Setiap persatuan memerlukan Pengerusi dan ahli Jawatankuasa, seperti yang anda belajar sewaktu Ko-kurikulum dulu. Dalam masa terdekat ini, saya akan mengadakan mesyuarat untuk melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Keahlian

Sebagai sebuah persatuan, setiap ahlinya perlu jelas dan mempunyai hitam putih daripada persatuan yang mengisytihar keahlian seseorang ahli.

3. Perkhidmatan

KKRMK memberi perkhidmatan . Setiap ahli perlu tahu sebutharga perkhidmatan persatuannya.

Semua ini akan diterangkan kepada ahli secepat mungkin. InsayaAllah, bermula tahun 2012, KKRMK adalah sebuah Persatuan berdaftar. Kerjasama semua ahli amat diperlukan.

Rabu, 21 September 2011

MEMBUAT KEPUTUSAN

Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.

Hari ni nak cerita pasal membuat keputusan.
Dalam hidup kita, mesti ada satu- satu masa kita perlu buat satu keputusan.
Sebagai contoh, membuat keputusan untuk:
            -masuk maktab
            -masuk pertandingan kompang
            -balik rumah semata-mata untuk bermain kompang
            -nak beli rokok murah ke yang mahal
            -nak start buat folio
Dan macam-macam lagi. . .

Persoalan yang timbul sekarang ni
            -Adakah keputusan yang aku buat ni betul?
            -Ada tak orang yang akan terasa dengan keputusan aku ni?
            -Bijak ke keputusan yang aku buat ni?
            -Perlu ke aku buat keputusan ni?

Confirm pernah kan korang terlintas dengan persoalan-persoalan seperti ni?

Jadi… Cemana nak selesaikannya?

Contoh situasi- Member nak pinjam motor.
Masalah – Korang nak guna motor tu.
Persoalan – Aku perlu motor tu atau  dia lebih memerlukan?
Jawapan – Dia lebih memerlukan sebab dia nak gi beli makanan. Aq perlukan sebab nak gi beli rokok je. . .
PENYELESAIAN PALING BAIK: Bagi je lah. Aq boleh kirim rokok tu pada dia. Sangap lapar x makan lagi susah daripada sangap rokok. Janji dia jaga motor aq baik2!

Ni contoh aq menyelesaikan masalah untuk membuat keputusan.
Bagi aku kalau keputusan yang aku buat tu akan menyusahkan diri aku sendiri, aku sendiri x dapat gi makan sebab dia gune moto aku lama sangat, lebih baik aku berterus terang pada dia yang aku tak nak kasi dia pinjam. Tapi kebanyakan kita tak mau menyinggung perasaan member. Tapi pada aku lebih baik macam tu. Memang la dia akan masam muka dengan kita, jangan kita masam muka dengan dia. Tapi sebaik-baiknya terangkan la pada dia,

 “Aq x kasi ni bukan sebab apa, da banyak kali da ko kencing aku, kata nak balik awal, tapi lambat gak pulang moto aq. Sori la bro, pinjam orang lain la ea?”

Memang pahit untuk ditelan, namun jika itu adalah ubatnya, telan je la. . .

Khamis, 25 Ogos 2011

BALIK KAMPUNG!!!

Balik kampung . . . Simpang Renggam Johor!

Tahun ni tak macam tahun lepas.
Tahun ni 12 hari je kat kampung.
27/8 sampai 4/9 je.
Takpelah.
Ada gak cuti.
Alhamdulillah.

Apapun...
Daripada Khalid and Sekeluarga.
Jemputlah datang rumah.
hehe. . .

SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING.

Assalamualaikum.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Domino's KRAZY!!!

Assalamualaikum,

Sebelum baca post yang ini, moh layan gambar-gambar ni dulu.

Check It Out!!!

Antara kupon-kupon yang masih ada.
 Plak Penghargaan kepada Kharin Anuar Ithnin daripada pihak Domino Pizza.
kahkahkah
Me and Hanif Manan. waiting for the girls to come join us. 
Nampak dah menitik air liur. 
kihkihkih

Pizza!

Masa kecik-kecik aku suka makan pizza. Walaupun bukan officially pizza dari Restoran Pizza yang sebenar. Dari Cake House je. Cheese pun xde. Tapi sebab nak rasa macam mana pizza nih, aq beli lah. 

Classic Cake House. Cake House ni la feveret aku. Sebab dekat dengan bus stand Simpang Renggam tu.(Masa dulu, transport aku Pekan-Rumah Aku hanyalah bas) Aku ingat lagi harga dia, RM1.40 seslice. Sedap gak la. Ada hot dog, cili and etc.
Bila aq besar sikit (form 4/5) , kiosk pizza kat SR tu semakin meningkat. Dan yang aku rasa masih hidup, Diddy's Pizza. Duk port kat Sebelah Burger Bob kat Taxi Stand. Kenapa agaknya ek? Maybe orang SR x minat makan Pizza kot? Ye lah. Pizza ni bukan murah. Yang Kecik paling murah pun RM10. 

Berbalik kepada cerita Pizza dan Aku, First time aku makan pizza daripada Restoran Pizza yang asli adalah masa aku Form 3. Pakcik aku kot yang beli?(X ingat ler...) Muler2 rasa tu,
"Aik, apsal mcm x best je rasa dia? X macam Pizza yg aq beli kat Cake House pun?"

Baru aku tau skang, yang kat Cake House tu xde peperoni, cheese pun kurang. Peperoni dia cuma hot dog je. Patut pun lain. hehe

Apa2 pun aku dah x jakun lagi dah. Kadang2 aku bersyukur gak kene sambung belajar kat KL ni. Macam-macam benda aku dapat rasa. Macam-macam hidangan aku boleh makan. (Tapi tengok duit la)

Sekian.
Wassalam. . .

p/s: Restoran Iran kat Bandar Sri Permaisuri. Bila lah aku nak check it out nih. hmmm...
Pizza Domino,
Bandar Sri Permaisuri.