Khamis, 27 September 2012

KERJASAMA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Hari ni saya nak cerita tentang kerjasama. Tajuk ni aku dapat masa latihan koir untuk subjek Phonetics and Phonology tadi. Dalam tugasan tersebut kami perlu bekerjasama untuk menghasilkan satu persembahan koir yang akan dipersembahkan di depan Puan Munirah lecturer P&P kami nanti.


Kerjasama bagi aku adalah satu perkara yang amat mudah jikalau setiap manusia mampu membuka minda masing-masing dan menerima segala pendapat dan mampu memberi komitmen yang tinggi. Namun jika ada dalam kalangan ahli yang tidak mempunyai komitmen, kerjasama ini tidak mampu dibina. EVEN A SINGLE PERSON DO NOT GIVE ENOUGH COMMITMENT, THE COOPERATION WILL COLLAPSE.(Khalid Ali,2012) hehehe


Kenapa perlu bekerjasama? Pada aku, bila bekerjasama, kita akan dapat memberi satu tenaga yang boleh merangkumi tenaga kerja, tenaga idea dan tenaga moral. Ya. Memberi TENAGA kepada sesuatu perkara. Tanpa kita sedari, dengan memberi kerjasama, kerja akan menjadi mudah, idea akan bercambah dan moral serta semangat akan bertambah lantas menjadikan sesuatu perkara itu LEBIH PRODUKTIF.


Namun begitu, bilangan ahli dalam sesuatu perkara perlulah dihadkan. Seperti pepatah Inggeris "TOO MANY COOKS WILL SPOIL THE SOUP". Hal ini membawa maksud, terlampau ramai orang dalam sesuatu perkara mampu membawa kepada KEROSAKAN! Jadi, berhati-hati dalam memberi dan mengambil kerjasama.


#apayangpentingKERJASAMA

Rabu, 26 September 2012

MEMBACA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera...


Hari ini, di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, telah diadakan satu program Wacana Ilmu yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik dan 2 PISMP Mathematics 2. Penceramah yang memberi ceramah pada kali ini bernama Sayed Munawar Sayed Mustar. Mungkin ramai dalam kalangan anda mengenali beliau. Beliau merupakan seorang pengacara yang mengacarakan program Bicara Rakyat di TV1. Pada mulanya aku ingat beliau ni cuma pengacara sahaja. Sebab aku kenal beliau ni pun masa menghadiri program Bicara Rakyat beberapa bulan lepas yang bertajuk Kebebasan Media yang menjemput 2 orang wartawan Indonesia sebagai pembicaranya.


Rupa-rupanya beliau hanyalah pengacara sambilan sahaja. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan berasaskan buku, penerbitan dan sebagainya. Dalam ceramah beliau tadi banyak mengatakan tentang kepentingan buku dan membaca. Antara yang dikongsikan oleh beliau dalam ceramah tadi adalah tentang penerbitan buku pada masa kini di Malaysia. Rupa-rupanya kita masih kekurangan dalam sudut penerbitan buku. Bukan syarikat penerbitan kurang, tapi penulisan buku yang kurang. Oleh itu, beliau menyeru agar kami, sebagai "The Next Generation" menyedari tentang masalah ini. 


Dalam pada masa yang sama, beliau mengatakan bahawa nak menulis buku ini bukannya susah. Senang. Kadang kala benda yang ringkas, seperti tweet di twitter juga jika dikumpulkan boleh menjadi sebuah buku. Asal benda yang boleh dibaca. Dibukukan maka jadilah ia sebuah buku. Alhamdulillah, inisiatif Pusat Sumber IPG Kampus Pendidikan Teknik telah membuahkan hasil. Ramai dah pelajar-pelajar IPG KPTeknik ni nak jadi penulis buku. Semoga Berjaya kawan-kawanku.


#apaapahalassignmentkenabuatdulu