Dalam Perjalanan Ke Yong Peng Menaiki Van Ijam
Me...n My Kompang Friend
Penantian satu penyeksaan...
Kamarul mencadangkan agar cas menunggu dikenakan. Agak bijak cadangan itu. hahaha
Farees merenung masa depan dengan begitu serius
Di area ini kami main first time di Daerah Yong Peng.
Setelah 3 tahun memberikan perkhidmatan kompang, Kumpulan Kompang REMAJA Melayu Kreatif (KKRMK) telah di jemput bermain di luar daerah Kluang, iaitu Daerah Yong Peng.
Agak kelam kabut pada permulaannya berkenaan kenderaan, namun terima kasih kepada Ijam Bas Sekolah kerana telah memberikan khidmat Van sekolahnya. Alhamdulillah.
Sebelum main, tengok kawasan tu ramai Cina. Banyak anjing. Jadi ketika tengah main tu, berselang seli lah bunyi kompang dengan bunyi salakan anjing.
Sebelum main, tengok kawasan tu ramai Cina. Banyak anjing. Jadi ketika tengah main tu, berselang seli lah bunyi kompang dengan bunyi salakan anjing.
Nasi beriani dia pun boleh tahan, namun bontrotnya kurang memuaskan kerana ada yg expired. Macam wajik, da berkulat. Dengar kata buat sendiri, tapi seminggu sebelum majlis. Patut la. Mungkin wajik perlu dimasak sehari sebelum majlis baru tak berkulat kot?
Apa2 pun, memang best la. Ada jugak dua tiga orang tanya kompang mana. Dengan bangganya kami katakan kompang ini dari Simpang Renggam. Siap ada orang Mersing nak tempah. hahaha Berjalan jalan lagi...
Apa2 pun, memang best la. Ada jugak dua tiga orang tanya kompang mana. Dengan bangganya kami katakan kompang ini dari Simpang Renggam. Siap ada orang Mersing nak tempah. hahaha Berjalan jalan lagi...
Setelah diselidik kenapa kompang kami dipilih utk bermain kat sini sebab mereka kata kompang kami murah. Kompang kat area situ mahal katanya. RM200++ Kami cas mereka RM180. RM130+RM50(duit van). Alhamdulillah. Rezeki kami. Dan mereka kata walaupun kompang kami murah, bunyi sangat sedap. (dalam hati, mana x sedapnya, bljr dari Juara Johor Pusaka Seni Rakyat) hehehe
Kat sini kami ada prinsip sendiri, kita niat nak meriahkan majlis orang. So tak payah la mahal2. Lagipun 'mentor' kami, Pusaka Seni Rakyat cas RM150 je. Juara Johor tu. Xkan kami yang baru ni nak cas lebih2 pulak kan? Apa2 pun , Yong Peng memang best. Main bawah kolong(makanan seni paluan Melayu Kreatif) Meletup2 beb! haha

After this , Mersing plak. See u soon MERSING!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan