Khamis, 25 Ogos 2011

BALIK KAMPUNG!!!

Balik kampung . . . Simpang Renggam Johor!

Tahun ni tak macam tahun lepas.
Tahun ni 12 hari je kat kampung.
27/8 sampai 4/9 je.
Takpelah.
Ada gak cuti.
Alhamdulillah.

Apapun...
Daripada Khalid and Sekeluarga.
Jemputlah datang rumah.
hehe. . .

SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING.

Assalamualaikum.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Domino's KRAZY!!!

Assalamualaikum,

Sebelum baca post yang ini, moh layan gambar-gambar ni dulu.

Check It Out!!!

Antara kupon-kupon yang masih ada.
 Plak Penghargaan kepada Kharin Anuar Ithnin daripada pihak Domino Pizza.
kahkahkah
Me and Hanif Manan. waiting for the girls to come join us. 
Nampak dah menitik air liur. 
kihkihkih

Pizza!

Masa kecik-kecik aku suka makan pizza. Walaupun bukan officially pizza dari Restoran Pizza yang sebenar. Dari Cake House je. Cheese pun xde. Tapi sebab nak rasa macam mana pizza nih, aq beli lah. 

Classic Cake House. Cake House ni la feveret aku. Sebab dekat dengan bus stand Simpang Renggam tu.(Masa dulu, transport aku Pekan-Rumah Aku hanyalah bas) Aku ingat lagi harga dia, RM1.40 seslice. Sedap gak la. Ada hot dog, cili and etc.
Bila aq besar sikit (form 4/5) , kiosk pizza kat SR tu semakin meningkat. Dan yang aku rasa masih hidup, Diddy's Pizza. Duk port kat Sebelah Burger Bob kat Taxi Stand. Kenapa agaknya ek? Maybe orang SR x minat makan Pizza kot? Ye lah. Pizza ni bukan murah. Yang Kecik paling murah pun RM10. 

Berbalik kepada cerita Pizza dan Aku, First time aku makan pizza daripada Restoran Pizza yang asli adalah masa aku Form 3. Pakcik aku kot yang beli?(X ingat ler...) Muler2 rasa tu,
"Aik, apsal mcm x best je rasa dia? X macam Pizza yg aq beli kat Cake House pun?"

Baru aku tau skang, yang kat Cake House tu xde peperoni, cheese pun kurang. Peperoni dia cuma hot dog je. Patut pun lain. hehe

Apa2 pun aku dah x jakun lagi dah. Kadang2 aku bersyukur gak kene sambung belajar kat KL ni. Macam-macam benda aku dapat rasa. Macam-macam hidangan aku boleh makan. (Tapi tengok duit la)

Sekian.
Wassalam. . .

p/s: Restoran Iran kat Bandar Sri Permaisuri. Bila lah aku nak check it out nih. hmmm...
Pizza Domino,
Bandar Sri Permaisuri.

Bacalah, sekiranya kamu Hamba Allah!

Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
.........
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Copy Paste dari Rakan Tentera Fisabilillah, 
Encik Amirul Azri Auni 
Syukran.
Sekadar Gambar Hiasan

Rabu, 17 Ogos 2011

Orang Bunian


Adakah bunian termasuk dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk halus?
Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana ramai yang berminat, maka saya cuba menjelaskannya.

Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahayarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian.

Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.

Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T lebih mengetahui.

Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.
Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah.

Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunia dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.
Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.

Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya.

Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Waalahu a'lam.


Ismail bin Omar
Rakan Facebook
Club Seni Silat Nusantara

Isnin, 15 Ogos 2011


Video sekitar Sambutan Kemerdekaan IPGM Kampus Pendidikan Teknik


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 IPGM Kampus Pendidikan Teknik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bulan Ogos adalah bulan yang sinonim dengan Kemerdekaan Malaysia kerana dalam bulan inilah Tanah Melayu dan kawasan-kawasan sekitarnya, termasuk Singapura, Sarawak dan Sabah bebas daripada cengkaman penjajah. Penjajahan berlaku selama 446 tahun ini disulami dengan pelbagai bangsa penjajah. Bermula daripada penangkapan Lopez de'Sequiera, kepada serangan Alfonso de'Albuquerque yang menyaksikan jatuhnya kerajaan Melaka ke tangan Portugis yang ketika itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Selepas itu, negara-negara seperti Belanda, British, Jepun membuat penaklukan silih berganti dengan berbagai cara seperti perjanjian dan peperangan yang menyaksikan rakyat di bumi ini menjadi mangsa. Terdapat berbagai helah dan tipu daya untuk merampas negara ini.

Kewujudan para pendekar seperti Tok Janggut, Mat Kilau, dan lain-lain juga tidak mampu merampas kembali tanah ini. Ini kerana, kehebatan armada dan ketumbukan ketenteraan para penjajah amatlah besar dan mustahil untuk kita menang sama sekali. Namun, semangat juang yang tinggi inilah yang telah sedikit sebanyak menggugat kekuasaan para penjajah. Rakyat memberontak.

Jadi pada hari ini, IPGM Kampus pendidikan Teknik sekali lagi mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 bagi mengenang bukan sahaja jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan, Tun H.S Lee yang telah merealisasikan Kemerdekaan Tanah Melayu, Tetapi juga pejuang-pejuang negara yang telah gugur untuk mendapatkan kebebasan ini.

Bermula dengan nyanyian Lagu IPGM, dan lagu 1 Malaysia disusuli dengan persembahan-persembahan koir, sajak dan lain-lain daripada adik-adik prasekolah, Kelab TaSeK, dan pelajar-pelajar. Juga dilancarkan beberapa aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan ini .

Sekian.

p/s: Nantikan upload-upload video amatur di dalam blog ini.
Grow thick anodyne flowers

Ahad, 7 Ogos 2011

TENTANG DURIAN, TUPAI dan GLOBAL WARMING!

Siapa kata buah yang ditebuk dek tupai tu tak elok? Ha... Ni aku nak bagitau, baru2 ni aku balik kampung jap, nak sambut ramadhan ngan family lah katakan. Nasib aku baik sebab musim durian masih on (walaupun dah nak penghujung). Dapat lah aku melantak sebijik dua(diulangi, sebijik dua, bukan seulas dua, kene paham tu). Tengah aku sedap melantak, tetiba mata aku terpandang la kat satu part kat buah durian tu. Pergh.... MENYIRAP!!!

Ada pulak kesan gigitan tupai. Cis punya tupai! Aku nak ko pun nak! Dekat setengah minit aku menyumpah seranah tupai yang gigit buah durian tu ( aku pun tak tau kat mane rasionalnya tindakan aku ni). Pastu bapak aku datang.

"Ngape Lid?" "Ni ha Bah, ade tupai telan dua ulas durian ni. ish..." "Biarlah, kalau tupai x gigit, dah tentu ko tak dapat makan durian tu"

Pastu aku terus terpikir. hmmm.... Betul gak. Tetiba satu teori datang ke kepala hotak aku ni. Jika tupai tebuk durian ni, mesti sebab durian ni sedap. Aku kaitkan dengan kehidupan manusia. Kalau seseorang itu telah di'tebuk', mestilah kerana dia seorang yang cantik dan best!(teori seorang budak nakal)

Dalam hidup ni, tak semua yang ditebuk itu tidak baik. Mungkin bukan dia suka2 nak kena tebuk. Mungkin si penebuk tu dah gian sangat nak menebuk, dapat pulak tempat nak menebuk tu cantik, menarik... Apa lagi, TEBUK!!!

Berbalik pada kisah si TUPAI, tupai ni sejenis binatang yg agak power hidung dia. Tengok dalam "Charlie n the Coklat Factory". Kat satu scene yang Willie Wonka menggunakan tupai untuk memastikan nuts mane yang elok dan yang tak. Pernah terpikir x? Semula jadi tu beb!

Tentang global warming plak, aku tengok kat bontot durian tu, banyak pecah2. Bapak kata sebab panas melampau kat Johor skang ni. Haiii.... Bile la masalah global warming ni nak berhenti. Pastu aq cerita la kat Johor la IPU(Indeks Pencemaran Udara) paling tinggi, 78. KL 72. Pastu bapak aq bagitau, kalau negeri banyak pokok sawit, negeri tu la panas. Sebab sawit kan pokok ada minyak. Hehe Betul gak cakap bapak aku. Cube tengok Negeri 9, sejuk je, sebab diorang banyak pokok getah. Daun dia pun lebar2. (Dalam hati, betul ke?) Tapi pikir balik, ade betulnya, negeri sembilan antara negeri yg mencatatkan IPU paling rendah.

p/s: Pasni jangan salah anggap pada buah yang ditebuk tupai.
Kurangkan Global Warming.
Banyakkan tanam pokok getah. HAHA

Assalamualaikum!