Isnin, 15 Ogos 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 IPGM Kampus Pendidikan Teknik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bulan Ogos adalah bulan yang sinonim dengan Kemerdekaan Malaysia kerana dalam bulan inilah Tanah Melayu dan kawasan-kawasan sekitarnya, termasuk Singapura, Sarawak dan Sabah bebas daripada cengkaman penjajah. Penjajahan berlaku selama 446 tahun ini disulami dengan pelbagai bangsa penjajah. Bermula daripada penangkapan Lopez de'Sequiera, kepada serangan Alfonso de'Albuquerque yang menyaksikan jatuhnya kerajaan Melaka ke tangan Portugis yang ketika itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Selepas itu, negara-negara seperti Belanda, British, Jepun membuat penaklukan silih berganti dengan berbagai cara seperti perjanjian dan peperangan yang menyaksikan rakyat di bumi ini menjadi mangsa. Terdapat berbagai helah dan tipu daya untuk merampas negara ini.

Kewujudan para pendekar seperti Tok Janggut, Mat Kilau, dan lain-lain juga tidak mampu merampas kembali tanah ini. Ini kerana, kehebatan armada dan ketumbukan ketenteraan para penjajah amatlah besar dan mustahil untuk kita menang sama sekali. Namun, semangat juang yang tinggi inilah yang telah sedikit sebanyak menggugat kekuasaan para penjajah. Rakyat memberontak.

Jadi pada hari ini, IPGM Kampus pendidikan Teknik sekali lagi mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 bagi mengenang bukan sahaja jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan, Tun H.S Lee yang telah merealisasikan Kemerdekaan Tanah Melayu, Tetapi juga pejuang-pejuang negara yang telah gugur untuk mendapatkan kebebasan ini.

Bermula dengan nyanyian Lagu IPGM, dan lagu 1 Malaysia disusuli dengan persembahan-persembahan koir, sajak dan lain-lain daripada adik-adik prasekolah, Kelab TaSeK, dan pelajar-pelajar. Juga dilancarkan beberapa aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan ini .

Sekian.

p/s: Nantikan upload-upload video amatur di dalam blog ini.
Grow thick anodyne flowers

Tiada ulasan:

Catat Ulasan